Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
71) STATUS TERKINI TENTANG MASALAH PEMINDAHAN PENEROKA- PENEROKA DI JALAN PAPAN DAN JALAN BUKIT KERAYONG
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status terkini tentang masalah pemindahan peneroka-peneroka di Jalan Papan dan Jalan Bukit Kerayong?
Status baki setinggan di Jalan Papan dan Jalan Bukit Kerayong masih dalam keadaan sedia ada (kekal ditapak) sehingga kaedah penyelesaian dapat dilaksanakan oleh pihak pemaju selaras dengan keputusan yang telah melalui Pihak Berkuasa
-
Apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan pemaju mematuhi syarat-syarat yang telah dipersetujui?
Majlis melalui Mesyuarat Khas yang diadakan di Unit Perancangan Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) pada 28.04.2016 dan 23.05.2016 telah mengarahkan pemaju mengemukakan pelan kebenaran merancang bagi penempatan semula setinggan mengikut tawaran harga dan bilangan unit rumah seperti mana yang telah
-
Apakah peranan yang kini dimainkan oleh Kerajaan Negeri dalam perkara ini?
Pihak Berkuasa Negeri dan Majlis Perbandaran Klang akan memantau kemajuan pembangunan oleh pihak pemaju dengan mengemukakan surat peringatan sekiranya perlu bagi memastikan program penempatan ini dapat dilaksanakan dengan