Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
16 Mac 2020 - 17 Mac 2020
192) STATUS TERKINI SURAU AL-AKHLAQIAH
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Syamsul Firdaus Bin Mohamed Supri
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Surau Al-Akhlaqiah, Kampung Pinang Tunggal beroperasi di atas tapak tanah yang tidak diwartakan sebagai tapak surau?
Ya, dan tindakan untuk pewartaan akan dilaksanakan.
-
Adakah tapak tanah tersebut diwartakan sebagai tapak sekolah agama?
Pihak JAIS akan mengambil tindakan pewartaan sebagai tapak surau.
-
Apakah boleh sebuah surau beroperasi di atas tapak sekolah agama dengan mengabaikan prosedur sepatutnya?
Tidak boleh, kecuali setelah status warta tanah telah diubah kepada status yang baru bagi tujuan pembangunan yang baharu.