Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022
25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)
192) STATUS TERKINI PROJEK MENAIKTARAF B148 JALAN TELOK GONG, PELABUHAN KLANG
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status terkini Projek Menaiktaraf Jalan Negeri B148 Sepanjang 6.2 KM dari Glenmarie Cove sehingga Jalan Ikan Tenggiri, Telok Gong, Pelabuhan Klang?
Projek Menaiktaraf Jalan Negeri B148 Jalan Telok Gong Dari Persimpangan Glenmarie Cove sehingga ke Persimpangan Jalan Ikan Tenggiri adalah di peringkat semakan rekabentuk terperinci dan proses pengambilan tanah. Pelaksanaan projek ini dibahagikan kepada 2 Pakej iaitu Pakej 1 sepanjang 3.05km dan Pakej 2 sepanjang 3.2km. Jangkaan tender bagi Pakej 1 adalah pada pertengahan tahun 2023.
-
Adakah Kerajaan Negeri dapat menyiapkan projek tersebut mengikut garis masa yang telah ditetapkan?
Tempoh penyiapan bagi projek ini adalah dianggarkan selama 36 bulan. Pihak JKR akan berusaha untuk menyiapkan projek ini dalam jangka masa yang telah ditetapkan.