Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
193) STATUS TERKINI PERMOHONAN JALAN KELUAR MASUK DI TAMAN DOLOMITE TEMPLER
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status terkini permohonan jalan keluar masuk di Taman Dolomite Templer?
Jalan keluar masuk di kawasan tersebut masih dalam tempoh pembinaan dan senggaraan oleh pihak pemaju Dolomite Properties Sdn Bhd dan belum diserahkan kepada pihak JKR Selangor sebagai salah satu syarat kelulusan pembangunan yang telah diberikan sebelum ini. Pihak pemaju juga masih belum mengemukakan Road Safety Audit (RSA) Peringkat 3 hingga Peringkat 5 untuk kelulusan pihak JKR Selangor.