Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

227) STATUS TERKINI PEMBINAAN LADANG KHINZIR MODEN DI SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini cadangan untuk memusatkan kesemua ladang daging khinzir di daerah Sepang dan Kuala Langat?

    a) Bagi pelaksanaan penternakan khinzir secara moden atau Modern Pig Farming (MPF), Kerajaan Negeri tiada halangan dengan keputusan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia yang telah mengeluarkan satu dasar agar semua negeri melaksanakannya pada tahun 2018. Walau bagaimanapun, bagi pembinaan sebuah ladang khinzir moden secara bersepadu di Ladang Tumbok, Daerah Kuala Langat, Kerajaan Negeri pada dasarnya bersetuju dengan konsep tersebut. Namun begitu, penilaian cadangan dari pihak yang berminat dari segi konsep pembinaan dan juga keupayaan kewangan masih lagi di peringkat penelitian oleh Kerajaan Negeri. Ini adalah kerana perkara utama yang amat dititikberatkan oleh Kerajaan Negeri adalah untuk memastikan pihak-pihak yang berkepentingan memperoleh manfaat atau situasi ‘menang-menang’ atas cadangan projek jika ianya dilaksanakan. Dari segi kos pelaksanaan pula, Kerajaan Negeri sama sekali tidak akan mengeluarkan sebarang peruntukan memandangkan ianya akan dilaksanakan secara Private Finance Initiative (PFI).

Lampiran

Tiada Lampiran.