Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

45) STATUS TERKINI PEMBANGUNAN PUSAT PELANCONGAN ANTARABANGSA DI TAMAN ALAM KUALA SELANGOR

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri tidak menjangkakan kesan kelestarian alam akan terganggu akibat daripada pembangunan tersebut?

    Projek Pembangunan Pelancongan Taman Alam, Kuala Selangor merupakan satu projek yang berkonsepkan ‘Eko Pelancongan’. Ia akan menampilkan sebuah destinasi pelancongan yang indah dan cara yang bersepadu dengan mengekalkan sumber kegunaan yang berterusan, disamping membantu memelihara dan bukan merosakkan kawasan semulajadi dan warisan sekeliling.

    Konsep pembangunan disini adalah terancang yang akan menitik beratkan sumber alam semulajadi dan seterusnya memberi impak yang rendah terhadap alam sekitar dan seterusnya menyumbang kepada kesejahteraan penduduk tempatan.

  2. Adakah sebarang langkah mitigasi telah diambil kira secara keseluruhannya?

    Sebelum projek ini dilaksanakan, Kerajaan Negeri telah mendapat segala ulasan dari Jabatan dan Agensi yang berkaitan bagi memastikan langkah langkah mitigasi diambil kira. Projek ini akan dilaksanakan oleh sebuah syarikat yang bertaraf antarabangsa dan mempunyai pengalaman dalam sektor pembangunan Eko Pelancongan.  Kerajaan negeri juga akan menubuhkan satu Jawatankuasa Pemantau Projek bagi memastikan segala syarat dan piawaan pembinaan dipatuhi.

    Walaubagaimanapun, aktiviti pemantauan profil hutan kayu bakar akan dilaksanakan sepanjang masa oleh Jabatan berkaitan bagi memantau supaya tiada berlaku sebarang hakisan dan kerosakan kepada alam sekitar. Pihak pemaju juga akan mengamalkan  konsep Pelancongan Hijau dalam perancangan pembangunan kawasan ini bagi mengekalkan warisan budaya dan alam sekitar Taman Alam (sebagai contoh program penanaman semula pokok bakau, pembersihan sungai, aktiviti “Bird Watching) dan sebagainya

Lampiran

Tiada Lampiran.