Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

28) STATUS TERKINI PELAN INDUK SALIRAN MESRA ALAM (PISMA) BAGI KAWASAN HULU LANGAT

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Cheong Kian Young

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini PISMA di Daerah Hulu Langat?

    Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor sedang dalam proses penyediaan Kertas Perakuan Kepada Pihak Berkuasa Melulus (PBM) dan Jawatankuasa Penilaian Perunding (JPP) untuk pelaksanaan Kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) di Daerah Hulu Langat termasuk penyediaan maklumat-maklumat bagi Terms of References (TOR), anggaran kos, penilaian perunding serta maklumat lain yang berkaitan. Sehubungan itu, JPS Negeri Selangor menjangkakan Mesyuarat PBM bagi pelantikan perunding akan diadakan pada bulan Mac 2024 dan kajian tersebut dijangka bermula pada bulan April 2024 sehingga tempoh 15 bulan bermula dari tarikh surat lantikan dikeluarkan kelak.

  2. Berapakah peruntukan yang diperuntukan untuk menghasilkan PISMA ini?

    Peruntukan yang diperuntukkan pada tahun 2024 untuk menghasilkan PISMA Daerah Hulu Langat adalah sebanyak RM500,000.00 menerusi peruntukan Pembangunan Negeri (P13) di bawah butiran P13-05201 : PISMA Pelbagai Daerah.

Lampiran

Tiada Lampiran.