Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

212) STATUS TERKINI KUARTERS DI JALAN SG.KAJANG TG.KARANG

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Kuarters di Jalan Sungai Kajang Tanjong Karang yang kini di bawah Air Selangor. Apakah status terkini mengenainya supaya boleh dimanfaatkan oleh Kerajaan Negeri dan masyarakat?

    Terdapat dua (2) Kuarters Teres dan lapan (8) Kuarters Bertingkat dengan jumlah keseluruhan 10 unit kuarters di Jalan Sg Kajang, Tanjung Karang. Kesemua unit kuarters tersebut berstatus ‘kosong’ yang bermaksud kuarters ini tidak didiami sejak dari tahun 2006. Kuarters tersebut berada dalam keadaan usang dan mengalami kerosakan yang kritikal khususnya pada struktur fizikal dan tidak selamat untuk diduduki.

     

    Setelah diteliti, kos pembaikan bagi kuarters ini boleh melibatkan perbelanjaan yang tinggi dengan mengambil kira kerosakan yang kritikal sekiranya terdapat perancangan untuk kuarters ini didiami semula.

     

    Kuarters ini merupakan sebahagian aset Air Selangor dan akan digunakan mengikut keperluan dari semasa ke semasa.

     

    Pada 2011, pihak SYABAS sudah memaklumkan kepada pihak Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) bagi penyerahan semula kuarters ini kepada pihak SUK. Sehingga kini, tiada sebarang keputusan dan penyelesaian bagi status cadangan penyerahan semula kuarters ini daripada komunikasi terakhir surat rasmi daripada pihak SUK melalui surat bertarikh 11 Mei 2012 yang menyatakan permohonan penyerahan semula kuarters ini masih dalam tempoh pertimbangan.

Lampiran

Tiada Lampiran.