Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

169) STATUS TERKINI KEDUDUKAN LADANG TERNAKAN AYAM DESA COALFIELD

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kita sedia maklum, ladang ternakan ayam di Desa Coalfield telah wujud sebelum dimajukan kawasan-kawasan perumahan di sekitarnya. Syarikat yang menjalankan perusahaan secara sah itu lebih awal meneroka kawasan berkenaan berbanding kebanjiran penduduk di sekitarnya. Pembangunan perumahan yang semakin pesat, akhirnya mengundang masalah bau yang kurang menyenangkan kepada penduduk setempat. Masalah ini sudah saya bangkitkan sejak sekian lama dan bagaimanakah status terkini ladang ayam berkenaan?

    Kes ini sudah dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Selangor oleh pihak Majlis Daerah Kuala Selangor.

  2. Saya dimaklumkan pemindahan sedang dibuat. Apakah langkah-langkah yang sudah diambil oleh Kerajaan Negeri bagi menyelesaikan masalah ini dan faktor-faktor kelewatannya

    1. Pihak Pejabat Tanah Kuala Selangor sudah mengeluarkan Notis Borang 7A di bawah Kanun Tanah Negara kepada pemilik ladang. Dalam masa yang sama, pihak Pejabat Tanah Kuala Selangor juga sudah mengeluarkan Notis Borang 7 B di bawah Kanun Tanah Negara kepada pemilik ladang. Pada penghujung Mei 2009, pendengaran bagi siasatan kes ini sudah diadakan. Pihak pemilik ladang meminta penangguhan sementara menunggu kerja-kerja pemindahan najis ayam disempurnakan.

     

    Dalam kedua-dua perkara, prosiding seperti yang dimaktubkan oleh perundangan perlu diikuti dengan sebaik-baiknya.

    JAWAPAN DARIPADA JABATAN VETERINAR

     

    1. a) Ladang ternakan ayam Coalfield atau ladang ayam Syarikat Lay Hong yang terletak di Batu 20, Ijok masih lagi beroperasi seperti biasa untuk ternakan darat (ayam).

     

    Walau bagaimanapun, proses baja/najis ayam (proses penggemburan) telah dihentikan, manakala mesin penggaul (mixer machine) najis ayam tersebut telah dibuka serta diasingkan. Tetapi baja/najis masih lagi disimpan di dalam gudang pemprosesan untuk tujuan pembungkusan.

     

     

    -Tindakan pihak MDKS

     

    Pihak MDKS telah mengambil tindakan ke atas Syarikat Lay Hong di bawah Akta Kerajaan Tempatan Bawah Notis Kacau Ganggu (Pencemaran Udara). Notis mahkamah terhadap Syarikat Lay Hong telah dikeluarkan dan masih dalam siasatan.

     

    -Tindakan pihak Pejabat Tanah Daerah Kuala Selangor (PTD)

     

    Pihak PTD telah mengambil tindakan di bawah  Akta Kanun Tanah Negara. Pada masa ini, status lesen premis Syarikat Lay Hong  hanay untuk Lesen Ternakan Darat (Tidak boleh ada sebarang aktiviti sampingan seperti pemprosesan, penyembelihan dan sebagainya).

     

    Notis 7A dan 7B telah dikeluarkan Pihak PTD

     

    Notis 7B menyatakan premis terpaksa mengeluarkan dan memindahkan najis/baja serta memberhentikan sebarang pemprosesan baja dalam jangka waktu yang ditetapkan iaitu sehingga hujung bulan Julai. Najis ternakan tidak boleh disimpan lebih dari 7 hari dan tidak boleh adakan sebarang pemprosesan atau aktiviti sampingan selain dari ternakan darat seperti di dalam lesen ternakan darat yang dipohon.

     

    Sekiranya pihak Lay Hong mengingkari perintah notis yang diberikan sebelum ini, pihak PTD akan mengeluarkan notis 8A yang menyatakan rampasan tanah dengan pembayaran pampasan tanah boleh dilaksanakan. Bayaran pampasan tanah/ganti rugi hanyalah untuk nilai harga tanah, tidak termasuk sebarang ternakan atau infrastruktur.

Lampiran

Tiada Lampiran.