Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

49) STATUS TERKINI EKVE

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Kamri Bin Kamaruddin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini projek EKVE?

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga 15 Jun 2024, projek Lebuhraya EKVE telah mencapai kemajuan keseluruhan sebanyak 89.13% dengan kelewatan sebanyak -5.5% disebabkan masalah kontraktual yang dihadapi bersama pihak sub-kontraktor.

  2. Bilakah jangkaan Projek EKVE akan siap?

    Untuk makluman Ahli Yang Berhomat juga, pihak Syarikat Konsesi Lebuhraya EKVE telah menandatangani Perjanjian Konsesi Tambahan Ke-Lima (SCA 5) pada 11 November 2023 yang lalu dengan tarikh penyiapan pembinaan keseluruhan Lebuhraya EKVE yang terkini telah dilanjutkan kepada 31 Disember 2025.

  3. Apakah peranan Kerajaan Negeri untuk memastikan projek EKVE berjaya di siapkan?

    Kerajaan Negeri melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Lebuhraya dan Projek Infrastruktur di dalam Negeri Selangor sentiasa melaksanakan pemantauan terhadap pelaksanaan pembangunan lebuhraya baharu di Negeri Selangor dan sebagai pemudah cara sebarang isu berbangkit supaya dapat diberi perhatian dan dibincangkan dengan segera bersama jabatan dan agensi berkaitan.

Lampiran

Tiada Lampiran.