Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021
218) STATUS TAPAK REHAT DAN RAWAT SABAK BERNAM YANG DIPINDAHKAN
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status tapak rehat dan rawat Sabak Bernam yang telah dipindahkan dari tapak asal ke Tapak baru di Taman Air Manis Perdana?
Tapak masih lagi belum dibangunkan dan dalam tindakan pihak PNSB untuk membangunkan tapak tersebut selaras dengan keputusan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri (MTES) No.5/26/2020 yang bersidang pada 25 November 2020.
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor akan memajukan tapak hentian rehat dan Rawat tersebut dengan pembangunan lain?
Tapak asal pembangunan RNR di Taman Air Manis Perdana akan dibangunkan dengan pembangunan komersial. Pemindahan tapak RNR ini adalah disebabkan oleh lokasinya yang sudah tidak sesuai disebabkan dihadapan tapak tersebut telah dibangunkan jambatan (‘flyover’) Lebuhraya Pantai Barat yang menyukarkan kenderaan untuk keluar masuk kelak.