Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

47) STATUS TANAH PERBADANAN KEMAJUAN PERTANIAN SELANGOR (PKPS)

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah keluasan tanah yang telah diberikan status PKPS di negeri Selangor sehingga tahun 2012?

    Sehingga tahun 2012, keseluruhan keluasan tanah-tanah milik PKPS yang dikurniakan oleh Kerajaan Negeri adalah sebanyak 4,790 hektar yang meliputi 9 Daerah di Negeri Selangor.

  2. Sila nyatakan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri untuk memajukan tanah-tanah berstatus PKPS.

    PKPS telah menjalankan usaha-usaha untuk memajukan tanah-tanah milik PKPS dengan pelbagai aktiviti /projek pertanian seperti berikut:

    • Penanaman Kelapa Sawit:

    Jumlah keluasan ladang kelapa sawit PKPS di Negeri Selangor pada masa kini ialah 2,800 hektar (58% daripada keluasan tanah PKPS di Negeri Selangor). Jumlah tersebut merangkumi kawasan terbiar yang telah diusahakan dengan tanaman baru (sawit) iaitu di :

    Mukim Keluasan (Hektar)
    Sungai Panjang 676
    Ulu Yam 81
    Ulu Tinggi 243
    Api-Api 15
    Jumlah 1,015
    • Projek ternakan lembu tenusu dan ayam daging di Ladang PKPS Sg.Panjang, Sabak Bernam pada tahun 2010.
    • Projek Pasar Borong Selangor di Seri Kembangan, Selangor yang menawarkan lot perniagaan sebanyak 310 lot kepada usahawanusahawan tempatan.
    • Projek Bazaar Rakyat PKPS di Seri Kembangan, Selangor yang menyediakan ruang perniagaan sebanyak 127 lot untuk usahawan berniaga produk-produk makanan dan bukan makanan.
    • Projek ladang tanaman ubi kayu seluas 44 hektar di Mukim Sungai Blankan, Sepang untuk membekalkan bahan mentah yang diperlukan oleh pengusaha kerepek ubi kayu (IKS).
    • Projek penternakan ikan air tawar di Mukim Rawang melibatkan kawasan seluas 63.64 hektar yang merangkumi 3 Fasa iaitu:
    Fasa Keluasan (Hektar)
    Fasa I 43.31
    Fasa II 7.92
    Fasa III 12.41
    Jumlah 63.64

    Selain itu, PKPS mempunyai perancangan untuk membangunkan kawasan pembangunan “Halal Hub” yang merangkumi projek ternakan ikan air tawar, ternakan ayam dan rumah sembelih ayam yang dijalankan di atas tanahtanah milik PKPS di Rawang.

    Bagi tanah-tanah yang tidak lagi sesuai untuk diusahakan dengan projekprojek pertanian, maka PKPS merancang untuk membangunkan projek pembangunan hartanah. Sebagai contoh tanah-tanah di:

    i. Mukim Dengkil, Daerah Sepang seluas 61 hektar

    ii. Mukim Api-api , Daerah Kuala Selangor seluas 15 hektar

    iii. Mukim Serendah, Daerah Hulu Selangor seluas 172 hektar

    iv. Mukim Sg.Long seluas 15 hektar

  3. Apakah kerajaan negeri mempunyai perancangan untuk mengurniakan tanahtanah berstatus PKPS kepada pengusaha-pengusaha di Dusun Tua?

    Tanah-tanah berikut pada asalnya merupakan Projek Taman Agrotek yang diserahkan kepada Jabatan Pertanian Negeri Selangor. Malangnya, pelaksanaan projek telah menemui kegagalan. Tanah ini telah diambil balik oleh Kerajaan Negeri dan diserahkan kepada PKPS pada 26 Mac 2003. Tanah tersebut melibatkan 6 lot dan berkeluasan 214.53 hektar seperti berikut:

    i.Lot 13978 PN 79405, Mukim Hulu Langat, Daerah Hulu Langat seluas 30.31 hektar

    ii. Lot 13979 PN 79406, Mukim Hulu Langat, Daerah Hulu Langat seluas 18.15 hektar

    iii. Lot 13980 PN 79407, Mukim Hulu Langat, Daerah Hulu Langat seluas 126.68 hektar

    iv. Lot 13981 PN 79408, Mukim Hulu Langat, Daerah Hulu Langat seluas 16.05 hektar

    v.Lot 13982 PN 79409, Mukim Hulu Langat, Daerah Hulu Langat seluas 13.11 hektar

    vi. Lot 13983 PN 79410, Mukim Hulu Langat, Daerah Hulu Langat seluas 10.23 hektar

    Walau bagaimanapun, semua tanah ini telah diambil balik oleh Kerajaan Negeri. Selain itu, PKPS juga tidak mempunyai tanah-tanah lain di Dusun Tua.

Lampiran

Tiada Lampiran.