Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
142) STATUS TANAH MILIK YAYASAN BASMI KEMISKINAN DI SERENDAH
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status tanah tersebut?
Tanah tersebut adalah hakmilik yang didaftarkan di atas nama Permodalan YBK Sdn. Bhd. seluas 1605.65 ekar
-
Apakah ada rancangan pembangunan di atas tanah tersebut?
Merujuk kepada Rancangan Tempatan Daerah Hulu Selangor, RDTHS (Pengubahan 3) 2020, tapak tersebut telah dizonkan sebagai Zon Perumahan. Pihak Pejabat Daerah/Tanah Hulu Selangor (PDTHS) dan Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) masih belum menerima sebarang permohonan Kebenaran Merancang bagi tujuan pembangunan. Pihak pemaju di dalam proses penyediaan pelan pembangunan dan mendapatkan jalan keluar masuk yang sah ke tapak dari Pentadbir Tanah Hulu Selangor.
-
Apakah ada rancangan untuk membina satu universiti awam IPTA sebagai contoh UiTM seperti telah dicadangkan sebelum ini di kawasan tersebut?
Sehingga 21 Oktober 2019, pihak Kerajaan Negeri tidak mempunyai sebarang maklumat rasmi dan belum menerima sebarang permohonan daripada mana-mana pihak untuk mendirikan instituisi pengajian tinggi di atas tanah tersebut.