Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

212) STATUS TANAH MILIK KERAJAAN NEGERI DI KAMPUNG-KAMPUNG TRADISIONAL

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah keluasan tanah-tanah milik Kerajaan Negeri di kampung- kampung tradisional mengikut daerah? Nyatakan jumlah keluasan yang telah diberikan TOL kepada individu atau syarikat mengikut daerah sejak tahun 2008?. Sila berikan butiran lengkap mengenai?

    Sejak tahun 2008, sebanyak 609 tanah- tanah milik Kerajaan Negeri di kampung-kampung tradisional telah diberi Lesen Pendudukan Sementara (LPS) atau TOL kepada individu dengan keluasan 423.9166 ekar dan sebanyak 102 TOL telah diberi kepada syarikat dengan keluasan 90 ekar. Pecahan mengikut daerah adalah seperti berikut :

     

    1 Kuala

    Selangor

    35 67.4166
    2 Petaling 141 19
    3 Sepang 8,437.97 433 337.50           102 80.90
    4 Kuala Langat tiada
    5 Hulu Selangor tiada

     

     

     

    6 Hulu Langat tiada
    7 Gombak tiada
    8 Sabak Bernam tiada
    9 Klang tiada
    JUMLAH 8,437.97 609 423.9166 102 80.90

     

  2. Adakah di antara tanah-tanah milik Kerajaan Negeri tersebut dijual kepada individu atau syarikat-syarikat tertentu?. Sila berikan butiran lengkap individu dan syarikat yang membeli serta nilainya?

    Tanah-tanah milik Kerajaan Negeri tidak ada yang dijual kepada individu atau syarikat-syarikat

  3. Adakah pelupusan tanah milik Kerajaan Negeri tersebut mendapat kelulusan pihak Exco atau pihak Menteri Besar sahaja?

    Permohonan bagi pelupusan tanah milik Kerajaan Negeri perlu diangkat untuk

    pertimbangan dan kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.