Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

249) STATUS TANAH MASJID JAMEATUS-SOLEHAH DENGKIL

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah isu status pemilikan tanah bagi masjid ini telah diselesaikan termasuk peruntukan untuk membina masjid baharu tersebut?

    Masjid Jameatus-Solehah, Dengkil terletak di atas 2 lot tanah seperti berikut:

    1. Lot 79 berkeluasan 0.57 ekar telah diwartakan di bawah kawalan Pengarah JAIS pada 24 September 2009 melalui Warta Kerajaan Negeri No. 3152; dan
    2. Lot 285 berkeluasan 0.32 ekar yang masih lagi dalam proses pewartaan di peringkat Pejabat Daerah dan Tanah Sepang.

    Peruntukan bagi membina masjid baru Jameatus-Solehah akan diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2024 sebanyak RM500,000.00 dalam projek pembangunan Rancangan Malaysia Ke12 dengan kos siling berjumlah RM18,000,000.00.

  2. Adakah lokasi masjid baharu dan pewartaan tanah yang diperuntukan telah diputuskan? Jika ya sila jelaskan butirannya.

    Lokasi masjid baharu terletak di atas Lot 45995, Jalan Besar, Belakang Pasar Pekan Dengkil berkeluasan 10 ekar dan telah diwartakan di bawah kawalan Pengarah JAIS pada 24 Mei 2012 melalui Warta Kerajaan Negeri No. 2030.

Lampiran

Tiada Lampiran.