Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

250) STATUS TANAH MASJID AS SYARIF PEKAN MERU DAN PENGGANTIAN PADANG BOLA AWAM.

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha MAIS untuk menukar status tanah Masjid As Syarif Meru yg kini masih lagi berstatus padang permainan kepada rumah ibadah?

    Pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menyemak tanah yang dimaksudkan dan mendapati tanah yang dimaksudkan adalah di bawah kawalan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

    Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mengemukakan permohonan pewartaan bagi tujuan tapak Masjid As Syarif Pekan Meru melalui Pelan Pra Hitungan kepada Pejabat Daerah Dan Tanah Klang pada Julai 2020. Walau bagaimanapun, Pejabat Daerah Dan Tanah Klang melalui surat bertarikh 13 Mei 2022 telah memaklumkan bahawa hasil semakan pihak Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Selangor (JUPEM) mendapati plot yang diukur bagi tujuan masjid telah bertindih dengan Lot 10101 (PA 203221) Tapak Sekolah Rendah. Oleh yang demikian, pihak Jabatan telah berhubung dengan Jurukur yang berkenaan supaya membuat pindaan ukuran sempadan bagi plot yang terlibat. Setelah menerima pelan yang telah dipinda pihak Jabatan akan mengemukakan semula pelan tersebut kepada Pejabat Daerah Dan Tanah Klang untuk tindakan selanjutnya.

  2. Bilakah pihak MAIS akan mengantikan padang awam Meru yang kini telah diambilalih untuk membina masjid As Syaraif Meru?

    Semasa pengambilan tanah dibuat tanah adalah merupakan rizab kerajaan. Sehubungan itu, tidak timbul isu bagi JAIS menggantikan tanah tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.