Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

219) STATUS TANAH KUIL SRI SITHI VINAYAGAR ALAYAM BANTING KUALA LANGAT

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah keputusan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri berkenan rayuan yang dibuat oleh pihak kuil melalui Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Langat melalui Surat rayuannya bertarikh 25 Feb 2015 di bawah rujukan Jabatan 34dlm PTKlgt 40 SB 01 /012009.

    Keputusan MMKN ke 24/2014 bertarikh 25.6.2014 telah meluluskan secara pemberimilikan tanah di bawah Sek. 76 KTN 1965 ke atas tapak kuil Sri Sithi Vinayagar Alayam, Jalan Teluk Bunut Banting dengan keluasan lebih kurang 4219 meter persegi.

     

  2. Memandangkan tapak ini hanya digunakan sebagai tempat rumah ibadat, bukan komersial, bolehkan bayaran premium tapak kuil dikecualikan?

    Merujuk kepada keputusan MMKN ke 24/2014, tanah ini telah diluluskan secara pemberimilikan di bawah Seksyen 76 KTN 1965 maka bayaran premium perlu dijelaskan tanpa pengecualian selaras dengan Pekeliling PTG.Bil.8/2011.

  3. Adakah Kerajaan Negeri dapat menukarkan pemilikannya daripada pajakan negeri 99 tahun kepada hak milik kekal?

    Kelulusan MMKN bertarikh 25.6.2014 juga telah menetapkan agar tapak kuil ini diluluskan secara pemberimilikan dengan jenis hakmilik Pejabat Pendaftar dan tempoh pajakan selama 99 tahun.

Lampiran

Tiada Lampiran.