Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
332) STATUS TANAH ECO-TOURISM TANJONG KARANG
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perancangan kerajaan membantu pengusaha Eco-Tourism menukar status tanah untuk membolehkan perolehan lesen perniagaan?
Pengusaha digalakkan untuk mengemukakan permohonan kebenaran merancang / kebenaran merancang tempoh terhad dan pelan bangunan / permit bangunan sementara dibawah Program Pemutihan setelah pemilikan tanah dikenalpasti.
-
Apakah status tanah sawah Sekinchan yang kini pusat pelancongan di Selangor?
Status tanah sawah Sekinchan yang sebahagiannya kini membangun sebagai pusat pelancongan di Selangor masih lagi berstatus tanah pertanian.
-
Berapa bilangan permohonan yang dibuat dan bilangan permohonan yang berjaya di Tanjong Karang dan Sekinchan?
Tiada permohonan tukar syarat tanah atau permit khas bagi Mukim/Pekan Sekinchan yang diterima oleh pentadbir tanah namun sehingga 31 Disember 2022, sebanyak 5 permohonan Permit Khas telah diterima 2 daripadanya telah diluluskan manakala 3 daripadanya telah ditolak.
Sehingga 31 Disember 2023, sebanyak 7 permohonan telah diterima dan 3 daripadanya telah diluluskan Permit Khas manakala 4 lagi telah diangkat untuk pertimbangan kelulusan oleh PTGS/Mtes. 3 daripada 7 permohonan ini adalah daripada Mukim Pasir panjang.
Sehingga 19 Febuari 2024 sebanyak 7 permohonan permit khas telah diterima dan kesemuanya masih dalam tindakan untuk diangkat ke PTGS/Mtes. Laporan adalah seperti di lampiran A.