Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
187) STATUS TANAH DI SUNGAI SEMUNGKIS
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah kerajaan bercadang untuk memberikan pemilikan sementara kepada pemohon yang mengusahakan kawasan itu sebagai pusat rekreasi?
Kawasan jajaran Sungai Semungkis terdiri daripada tanah milik individu, PKPS dan tanah Kerajaan daripada pengambilan oleh pihak UPEN untuk tujuan Hutan Lipur. Tanah pengambilan oleh UPEN pada tahun 2010 adalah seluas lebih kurang 117 ekar.
Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat telah menerima sembilan (9) permohonan pemberimilikan tanah daripada pengusaha Tanah Kerajaan (tanah pengambilan UPEN) di kawasan tersebut. Walau bagaimanapun sebarang perancangan akan datang akan dilaksanakan selari dengan hala tuju pihak UPEN.