Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

23) STATUS TANAH DI KAWASAN LAPANG JALAN PERDANA 6/2

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status tanah di kawasan lapang tersebut?

    Untuk makluman Y.A.B Dato’ Menteri Besar Selangor telah meluluskan pewartaan kawasan lapang tersebut pada 2 Ogos 2008 dan ianya telah diwartakan di dalam Warta Kerajaan Negeri Selangor No. 3257 pada 7 Oktober 2010.

  2. Pihak manakah yang sedang memohon tapak tersebut dan apakah tujuannya?

    Kawasan lapang tersebut telah diwartakan sebagai kawasan lapang yang dikawal oleh Y.B Setiausaha Kerajaan Negeri dan diselenggara oleh Majlis Perbandaran  Ampang Jaya (MPAJ). Keputusan MMKN Bil 9/2010 bertarikh 10 Mac 2010 telah menolak permohonan penukaran syarat kawasan tanah lapang kepada tapak pasar pagi dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina. MPAJ telah diminta memberhentikan operasi operator lapang sasar golf dan UPEN telah diminta melawat tapak bagi memberhentikan operasi di tapak.

    MPAJ telah membuat perancangan di kawasan tersebut untuk menjadikan kawasan tersebut sebagai kawasan lapang bagi tujuan riadah. Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor Bil 1/2011 pada 8 Februari 2011 telah memutuskan dikekalkan sebagai kawasan lapang dan stadium mini dibina untuk kegunaan penduduk kawasan Ampang Jaya.

Lampiran

Tiada Lampiran.