Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
175) STATUS TANAH DAN KEMUDAHAN FASILITI RUMAH IBADAH
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk memperkasakan institusi Masjid dan Surau di seluruh Selangor?
Antara inisiatif bagi memperkasakan institusi masjid dan surau Negeri Selangor :-
- Penganjuran Multaqa, kursus dan latihan untuk memahami enakmen, peraturan dan garis panduan
- Memperkasakan Modul Masjid Quba Selangor untuk mengembalikan fungsi dan peranan fundamental masjid dan surau.
- Menerbit dan memperkemas garis panduan berkaitan sebagai rujukan
- Mengambil tindakan tatatertib terhadap Pentadbir Masjid dan Surau yang bermasalah
- Menguatkuasakan titah D.Y.M.M. Sultan Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) agar masjid atau surau aman dan berkecuali dari politik kepartian.
- Melaksana dan menguatkuasakan semua Enakmen, Peraturan dan Garis Panduan yang diluluskan oleh MAIS.
-
Adakah Kerajaan Negeri akan membantu untuk membina Masjid di Bandar Sungai Buaya dan Taman Bunga Raya (Bukit Beruntung) di kawasan Batang Kali dan apakah kaedahnya?
Keperluan perancangan pembinaan masjid tersebut akan dinilai kewajaran atau keperluannya dalam memenuhi merit yang ditetapkan oleh pihak JAIS dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPENS) untuk tempoh 10 tahun yang akan dinilai mengikut faktor-faktor keutamaan sebelum disenaraikan dalam Rancangan Pembangunan Malaysia ke -13 dan ke-14 Rancangan (RMK-13 dan RMK-14).