Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
245) STATUS TANAH CEROBOH
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mu'izzuddeen Bin Mahyuddin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah tanah Kerajaan Negeri yang telah diceroboh secara haram bagi tujuan ekonomi bagi setiap daerah?
Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, jumlah tanah Kerajaan Negeri yang telah diceroboh secara haram bagi tujuan ekonomi bagi setiap daerah yang telah direkodkan sehingga tahun 2024 adalah sebanyak 1570 buah kawasan seperti yang diperincikan di dalam jadual di bawah:
Bil. Daerah Jumlah Pencerobohan
1. Sabak Bernam 10
2. Kuala Selangor 20
3. Klang 346
4. Kuala Langat 9
5. Sepang 144
6. Hulu Langat 613
7. Hulu Selangor 18
8. Gombak 9
9. Petaling 401
JUMLAH
1570
-
Berapakah jumlah yang telah berjaya diperoleh semula dari tahun 2018-2023?
Jumlah tanah kerajaan yang telah berjaya diperoleh atau dipulihkan semula bagi tahun 2018 hingga tahun 2023 adalah sebanyak 1265 kawasan yang mana perincianya adalah seperti jadual di bawah :
Bil. Daerah Jumlah yang berjaya diperolehi
1. Sabak Bernam 10
2. Kuala Selangor 11
3. Klang 276
4. Kuala Langat 9
5. Sepang 144
6. Hulu Langat 613
7. Hulu Selangor 18
8. Gombak 2
9. Petaling 182
JUMLAH
1265