Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
141) STATUS TANAH BUMI HIJAU GOMBAK
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah keputusan Kerajaan Negeri berhubung status tanah Kerajaan Negeri di bumi hijau Gombak?
Tanah Bumi Hijau terletak di dalam Mukim Setapak Daerah Gombak seluas
119.7 Hektar. MMKN 31/2016 yang diadakan pada 21.9.2016 dan telah disahkan melalui MMKN 32/2016 telah meluluskan secara perizaban di bawah seksyen 62 Kanun Tanah Negara di kawasan Bumi Hijau dan Desa Angkasa sebagai kawasan pertanian dengan melantik Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor sebagai pegawai pengawal. Walau bagaimanapun proses pewartaan masih belum dapat dibuat kerana masih menunggu keputusan kerajaan negeri berhubung pelantikan pegawai penyelenggara,
Proses pewartaan akan diteruskan selepas pegawai penyelenggara ditentukan dan pelan akui dan no lot terkini diperoleh dari JUPEM.