Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

72) STATUS TAMAN PERUMAHAN TAMAN DESA BUKIT BERLIAN

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status taman perumahan di atas?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Projek Taman Desa Bukit Berlian, Bukit Kapar, Klang yang dimajukan oleh TKAY Land & Development (M) Sdn Bhd telah dikategorikan sebagai Projek Sakit oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Projek ini melibatkan pembangunan sebanyak 65 unit rumah teres 1 tingkat. Berdasarkan laporan daripada Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK), peratus kemajuan kerja-kerja di tapak adalah dianggarkan sekitar 45%.

  2. Mengapakah berlaku kelewatan untuk siap dibina daripada bulan yang sepatutnya pada Mac 2023?

    Untuk makluman Yang Berhormat, hasil semakan yang telah dibuat bersama pihak perunding mendapati pemaju mempunyai masalah kewangan di mana pihak pemaju tidak dapat menuntut bayaran balik daripada pihak bank disebabkan hak milik masih belum dipindah milik ke atas nama pembeli. Pihak pemaju juga sedang dalam usaha untuk membuat urusan pindah milik ke atas nama pembeli dan seterusnya melaksanakan kerja-kerja pembinaan di tapak.

    Pihak Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) telah mengadakan lawatan tapak pada 21 Januari 2025 dan kini dalam proses untuk mengenal pasti masalah dan mencari kaedah yang bersesuaian bagi pemulihan projek tersebut sebelum dikemukakan kepada Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mahupun Kerajaan Negeri. Sekiranya kaedah penyelesaian telah dikenal pasti, kerja-kerja pemulihan akan dipantau oleh Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Pemantauan Projek Terbengkalai. Pemantauan dan pelaporan secara berkala akan dibuat kepada pihak berkuasa negeri sehingga projek berjaya dipulihkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.