Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
381) STATUS SURAU, MASJID DAN SEKOLAH AGAMA (SRA DAN KAFA)
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah data terperinci status tanah mengikut nama surau, masjid dan sekolah agama (SRA DAN KAFA) di seluruh Kawasan Adn Batang Kali, Kuala Kubhu Bharu Dan Hulu Bernam pada tahun 2024?
Data terperinci status tanah mengikut nama surau,masjid dan sekolah agama di seluruh kawasan ADN Batang Kali,Kuala Kubu Baharu dan Hulu Bernam bagi tahun 2024 adalah seperti di Lampiran ( Sumber dari eSmart Tanah JAIS)
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk membantu menyelesaikan isu dan status penggunaan tanah untuk surau, masjid dan sekolah agama (SRA dan KAFA) di Hulu Selangor?
Langkah-langkah yg diambil oleh Kerajaaan Negeri utk membantu menyelesaikan isu dan status penggunaaan tanah utk surau,masjid dan sekolah agama di Hulu Selangor adalah seperti berikut :
- JAIS telah melaksanakan sesi libat urus bersama PlanMalaysia@Selangor serta seluruh PBT bagi memohon agar setiap PBT memaklumkan kepada JAIS tapak-tapak serahan pemaju bagi tapak institusi islam(masjid,surau,sekolah,tapak perkuburan) agar dapat dipohon pewartaannya oleh pihak JAIS.Dalam Konteks Daerah Hulu Selangor,Majlis Perbandaran Hulu Selangor adalah PBT yang akan dirujuk.
- Bagi tapak- tapak yang telah dikenal pasti dan dirizabkan sebagai tapak institusi islam(masjid,surau,sekolah dan tapak perkuburan) pihak JAIS akan segera memohon pewartaan tapak-tapak tersebut kepada pihak Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Selangor.