Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
98) STATUS STRATA TITLE DI FLAT SRI PERANTAU
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status permohonan strata title untuk flat-flat Sri Perantau dalam DUN Selat Klang?
JAWAPAN:
Hakmilik : PN 122996 Lot 24885 Seksyen 21 ( FASA 1 ) Bandar Port Swettenhem Daerah Klang
Bandar / Daerah : Status : i. Tarikh terima Permohonan Pecah Bahagi Bangunan untuk skim ini pada 2 Februari 2023. iii. Permohonan Pecah Bahagi Bangunan telah diluluskan oleh Timbalan Pengarah Tanah dan Galian Selangor pada pada 8 Ogos 2023. iii. Telah lulus pengeluaran Pelan Akui Bangunan PA(B) oleh Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Selangor pada 13 September 2023 dan diterima pada 18 September 2023. iv. Sedia dicetak dan dalam proses pendaftaran hakmilik baru, di Bahagian Permohonan Hakmilik Strata, Pejabat Tanah dan Galian Selangor. Hakmilik : PN 122997 Lot 24884 Seksyen 21 ( FASA 2 ) Bandar Port Swettenhem Daerah Klang
Bandar / Daerah : Status : i. Tarikh terima Permohonan Pecah Bahagi Bangunan untuk skim ini pada 9 Disember 2022. iii. Permohonan Pecah Bahagi Bangunan telah diluluskan oleh Timbalan Pengarah Tanah dan Galian Selangor pada pada 28 Ogos 2023. iii. Telah lulus pengeluaran Pelan Akui Bangunan PA(B) oleh Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Selangor pada 4 Oktober 2023 dan diterima pada 10 Oktober 2023. iv. Sedia dicetak dan dalam proses pendaftaran hakmilik baru, di Bahagian Permohonan Hakmilik Strata, Pejabat Tanah dan Galian Selangor.