Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
323) STATUS STADIUM SHAH ALAM
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Syed Ahmad Bin Abdul Rahman Alhadad
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status terbaru pembangunan semula Stadium Shah Alam?
Status terbaru Pembangunan KSSA adalah seperti berikut:
I. Kebenaran Merancang untuk Perobohan telah diluluskan pada 15 Disember 2023.
II. Permit bangunan sementara (termasuk “hoarding”) telah diluluskan oleh Jabatan Bangunan MBSA pada 1 Disember 2023.
III. Kontrak Perobohan Stadium Shah Alam telah ditandatangani pada 6 Februari 2024. -
Apakah garis masa yang ditetapkan bagi menyiapkan projek ini?
Projek pembangunan KSSA ini dijangka bermula dengan kerja-kerja perobohan pada Februari 2024 dan dijangka siap keseluruhannya pada tahun 2029.
NOTA TAMBAHAN:
i. Memandangkan Kontrak Perobohan ditandatangani pada 6 Februari 2024, Pemaju perlu memenuhi syarat-syarat (“Condition Precedents”) dengan mengemukakan segala dokumen-dokumen untuk MBI mengeluarkan Notis Mula Kerja dalam tempoh 90 hari seperti berikut:(a) Penyerahan salinan pendua (“duplicate copy”) polisi-polisi insurans;
(b) Penyerahan Bon Pelaksanaan (“Performance Bond”);
(c) Penyerahan bukti dokumen yang menunjukkan LPSB dimiliki sepenuhnya oleh MRCB dan mempunyai modal berbayar tidak kurang daripada Ringgit Malaysia Lima Juta (RM5,000,000.00);
(d) Penyerahan Jaminan Kontraktor (“Contractor’s Guarantee”) yang telah ditandatangani oleh Kontraktor Utama (“MRCB Builders”) kepada MBI;
(e) Kelulusan Pihak Berkuasa dan Kelulusan Berkanun (“Authority and Statutory Approvals”) diperoleh untuk Kerja-kerja Perobohan;
ii. Kerja-kerja perobohan dijangka siap dalam tempoh 12 bulan daripada Notis Mula Kerja diberi kepada pemaju.