Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
237) STATUS SOALAN BERTULIS SIDANG YANG LEPAS MASIH TAK DIJAWAB
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Bilakah jawapan tersebut boleh diperolehi ?
Urus setia Dewan Negeri telah membuat semakan ke atas status jawapan bagi semua pertanyaan yang diterima untuk persidangan yang lepas dan mendapati kesemuanya telah dijawab serta diedarkan kepada semua Yang Berhormat Ahli Dewan Negeri yang bertanya. Salinan jawapan pertanyaan bagi persidangan yang lalu juga telah dimuat naik ke portal rasmi Dewan Negeri Selangor di alamat: dewan.selangor.gov.my/hansard
-
Berapa lamakah tempoh ia boleh diperolehi selepas sidang dewan?
Pindaan terbaru ke atas Peraturan Tetap 24(8) telah memperuntukkan semua pertanyaan Yang Berhormat Ahli Dewan Negeri mesti dijawab dan diedarkan pada minggu pertama persidangan Dewan.
-
Bagaimanakah status soalan yang masih belum terjawab sehingga sidang baru akan bermula lagi?
Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Dewan yang bermesyuarat pada 28 Ogos 2013 telah membuat keputusan mana-mana jabatan yang gagal mengemukakan jawapan dalam tempoh yang ditetapkan akan dipanggil untuk memberi penjelasan di hadapan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT).