Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
210) STATUS SEMASA CADANGAN MEMAJUKAN TAMAN ALAM KUALA SELANGOR
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Dato' Noorazley Bin Yahya
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status semasa cadangan memajukan Taman Alam Kuala Selangor sebagai sebuah pusat pelancongan bertaraf antarabangsa?
Projek ini masih diperingkat untuk mendapat laporan “Feasibility Study” (Laporan Kebolehlaksanaan) dari pihak pelabur serta isu tanah dari Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Selangor yang perlu diselesaikan bagi memastikan segala syarat-syarat dipatuhi bersama dan memberi kelebihan serta keuntungan kepada Kerajaan Negeri Selangor.
-
Adakah kerajaan mempunyai kawasan alternatif, selain membangunkan pusat pelancongan di Taman Alam Kuala Selangor bagi menampung keperluan pelancong di Kuala Selangor dan kawasan sekitarnya?
Selain daripada membangunkan pusat pelancongan di Taman Alam, pihak Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) juga dalam perancangan untuk membangunan Pulau Angsa sebagai destinasi pilihan bagi menampung keperluan pelancong ke Kuala Selangor dan kawasan sekitarnya. Walaubagaimana pun, Pembangunan di Pulau Angsa memerlukan satu kajian menyeluruh supaya ia mampu memberi pulangan yang positif kepada Kerajaan Negeri.