Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

67) STATUS RUMAH SELANGORKU

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah terkini rumah Selangorku yang telah siap dibina dan berapakah unjuran sasaran pembinaan rumah menjelang 2018

    Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga kini terdapat sebanyak 5 projek dengan 2,010 unit Rumah Mampu Milik telah siap dibina sejak tahun 2010 – 2013. Manakala sejak Dasar Rumah Selangorku diperkenalkan pada tahun 2014 sebanyak 1 projek dengan 536 unit telah siap dibina. Sasaran Kerajaan Negeri menjelang 2018 bagi pembinaan Rumah Selangorku sebanyak 15,000 unit rumah yang akan siap dan akan dibina. Namun begitu sehingga kini ianya telah melebihi sasaran dibawah Skim Insentif Galakan Rumah Selangorku yang telah ditetapkan iaitu sebanyak 18 projek dengan keseluruhan 22,494 unit dan manakala sebanyak 130 projek dengan 63,628 unit pula bukan dibawah Skim Insentif Galakan Rumah

  2. Berapakah jumlah pemohon sehingga kini dan adakah Kerajaan Negeri ada memberi apa-apa maklum balas mengenai status permohonan mereka?

    Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah permohonan Rumah Rumah Selangorku dari tahun 2014 sehingga kini adalah seramai 49,423 pemohon seperti pecahan berikut ;

    BIL. RUMAH SELANGORKU JUMLAH
    1. JENIS A 16,982
    2. JENIS B 6,322
    3. JENIS C 14,558
    4. JENIS D 11,561
    JUMLAH 49,423

    Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) tidak ada memberikan maklum balas kepada pemohon memandangkan pemohon boleh menyemak sendiri secara „online‟ berhubung status permohonan mereka. Sekiranya pemohon layak ditawarkan Rumah Selangorku sahaja, pihak LPHS akan mengeluarkan maklum balas melalui email dan juga surat pemakluman kepada pemohon yang berjaya ditawarkan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.