Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

294) STATUS RANCANGAN TEBATAN BANJIR (RTB) DI DUN PANDAMARAN

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan kadar kemajuan Rancangan Tebatan Banjir di DUN Pandamaran
    i) Taman Melawis
    ii) Depan Maybank Taman Bayu Perdana
    iii) Sekitar Parit Jalan Matakucing

    Untuk makluman Yang Berhormat, berikut adalah status kadar kemajuan Rancangan Tebatan Banjir di DUN Pandamaran:

     

    1. Taman Melawis
    Bil. Tajuk Kos

    (RM)

    Tarikh Mula

    Tarikh Siap

    Status
    1. Kerja-kerja Menaiktaraf Sistem Saliran di Taman Melawis, Daerah Klang, Selangor 16,667,928.69 6.4.2022

    6.4.2024

     

    EOT No.1:

    23.9.2025

    Dalam Pelaksanaan

     

    Jadual: 79%

    Sebenar: 70%

    (sehingga

    31 Januari 2025)

     

    2. Depan Maybank Taman Bayu Perdana

    Bil. Tajuk Anggaran Kos

    (RM)

    Tarikh Mula

    Tarikh Siap

    Status
    1. Kerja-kerja Tebatan Banjir di Taman Bayu Perdana dan Kawasan Sekitarnya 1,000,000.00 Di peringkat semakan spesifikasi dan Bill of Quantity (BQ). Kerja tersebut dijangka akan diiklankan secara tender terbuka pada sukuan pertama tahun 2025.

     

    3. Sekitar Parit Jalan Matakucing

    Bil. Tajuk Kos

    (RM)

    Tarikh Mula

    Tarikh Siap

    Status
    1. Kerja-Kerja Menaiktaraf Sistem Saliran bagi Tebatan Banjir di Taman Setia, Mukim Klang, Daerah Klang, Selangor Darul Ehsan 5,000,000.00 Di peringkat semakan spesifikasi dan Bill of Quantity (BQ). Kerja tersebut dijangka akan diiklankan secara tender terbuka pada sukuan pertama tahun 2025.

Lampiran

Tiada Lampiran.