Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

191) STATUS PROJEK TEBATAN BANJIR

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status projek tambatan banjir yang melibat empat buah kampung seperti Kampung Sentosa, Kampung Sekolah, Sungai Masin dan Genting Malik? Berapa peratuskah projek tersebut sudah dilaksanakan?

    Projek tebatan banjir yang melibatkan Kampung Sentosa, Kampung Sekolah, Sungai Masin dan Genting Malik adalah “Projek Tebatan Banjir Sungai Batang Kali” dengan anggaran kos sebanyak RM10,000,000.00. Status projek ini adalah di peringkat akhir reka bentuk iaitu Laporan Akhir dan dijangka tender pada suku keempat tahun 2022. Maklumat projek adalah seperti berikut:-

    Bil. Tajuk Skop Kerja Anggaran Kos

    (RM)

    Status Jangka Tender

    Kerja

    1 Projek Tebatan Banjir Sungai Batang Kali a)    Pembinaan ban dari Kg. Sekolah, Kg. Sentosa Tambahan hingga ke Taman Semarak dan dari Loji Rawatan Kumbahan Taman Desa Alam Ria hingga Jambatan Jalan B114                              Kg. Genting Malik sepanjang 2km

     

    b)    Pembinaan 2 buah jambatan

    10,000,000.00 Peringkat

    Reka Bentuk

    (Laporan Akhir)

    Suku

    Keempat Tahun 2022

Lampiran

Tiada Lampiran.