Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

92) STATUS PROJEK SABDA

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perkembangan pembangunan bagi SABDA terutamanya Projek Pertanian Selangor Smart Agro Park (SSAP) @ Sungai Air Tawar dan Food Security Project?

    Projek Pertanian Selangor Smart Agro Park (SSAP) @ Sungai Air Tawar dan Food Security Project sedang giat dijalankan. Tanaman yang terlibat dan sudah ditanam adalah seperti berikut:

    • Nenas MD2
    • Jagung Manis
    • Pokok Ubi Putih
    • Pisang Berangan
    • Pisang Tanduk
    • Bendi
    • Kelapa Matag
    • Serai

    Manakala bagi tanaman jagung, hasilnya sudah mula dituai dianggarkan sebanyak 400 bakul sehingga Mei 2024.

Lampiran

Tiada Lampiran.