Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
273) STATUS PROJEK RUMAH TERBENGKALAI DAN PENUBUHAN JMB PANGSAPURI DI DUN MERU
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah yang telah dimajukan semula dan siap?
- Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) sentiasa berusaha mengatasi masalah projek terbengkalai di Selangor walaupun bidang kuasa Kerajaan Negeri hanya terhad kepada tindakan secara pentadbiran sahaja dan kuasa ini terletak di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Melalui pemantauan yang dijalankan oleh LPHS didapati sebanyak 10 projek dikenal pasti terbengkalai melibatkan 398 unit rumah dalam kawasan DUN Meru. Walau bagaimanapun, 7 projek dalam perancangan untuk pemulihan dan telah mengadakan perbincangan melalui Jawatankuasa Pemulihan Projek Terbengkalai (JPPT) bersama agensi dan pihak berkaitan. Setakat ini, terdapat sebanyak 3 projek yang sedang dimajukan dan dipulihkan seperti berikut :
BIL
PROJEK
PEMAJU
UNIT
STATUS
1.
Projek Perumahan Taman Sri Kencana, GM 3850 Lot 2757,
Jalan Dusun, Meru, Mukim Kapar, Daerah Klang
Tetuan Hyrax Property & Dev. Sdn. Bhd. (Nama Lama) Tetuan Binalif Bina Sdn. Bhd.
(Nama Baru)
Pemaju Penyelamat : Tetuan Faktor Aktif Sdn. Bhd.
35 Unit
(80%
siap)
Sedang dalam mendapatkan kelulusan daripada Jabatan Teknikal di Majlis Perbandaran Klang
2.
Projek Perumahan Taman Meru Ria 2, Di Atas GM 3928 Lot 3750,
Jalan Belimbing, Meru, Mukim Kapar, Daerah Klang
Tetuan Binalif Bina Sdn. Bhd.
(Nama Baru)
Pemaju Penyelamat : Tetuan Ajma Resources Sdn. Bhd.
38 Unit
(80%
siap)
Kerja-kerja pemulihan sedang berjalan dengan perlahan
3.
Projek Perumahan Taman Meru Putra Di Atas Hakmilik Asal GM363, Lot 1860, Jalan Limau, Meru, Mukim Klang, Daerah Klang Pemaju Asal : Tetuan URC Land Sdn. Bhd.
Pemaju Penyelamat : Tetuan Bina Impian Development Sdn.
Bhd.
25 Unit
(20%
siap)
Pemaju penyelamat sedang mendapatkan kelulusan semula bagi Kebenaran Merancang. -
Berapakah JMB yang telah diwujudkan di DUN Meru? Senaraikan.
- Berdasarkan maklumat Jabatan Pesuruhjaya Bangunan, Majlis Perbandaran Klang, JMB yang telah diwujudkan di DUN Meru seperti berikut:
BIL NAMA PANGSAPURI TARIKH TUBUH JMB 1 Impian Meru 15 Januari 2012 2 Meru Ehsan 4 November 2012 -
Apakah tindakan kepada yang masih gagal mewujudkan JMB?
Berdasarkan maklumat Jabatan Pesuruhjaya Bangunan, Majlis Perbandaran Klang, setakat ini kawasan pangsapuri masih belum berjaya menubuhkan JMB di DUN Meru adalah Pangsapuri Meru Court. Jabatan Pesuruhjaya Bangunan, MPK telah mengadakan mesyuarat bersama pemaju tetapi kurang mendapat kerjasama daripada penduduk.