Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
65) STATUS PROJEK RUMAH SELANGORKU, TAMAN UKAY INDAH, SUNGAI SERING
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status terkini projek rumah Selangorku, Taman Ukay Indah, Sungai Sering selepas majlis pecah tanah yang diadakan pada 22 Februari 2014?
Untuk makluman Yang Berhormat, status terkini projek Rumah Selangorku Taman Ukay Indah Sungai Sering adalah memfokuskan kepada pembangunan Sistem Bekalan Air Bersepadu (IWSS) Fasa 1B yang mana melibatkan lapan
(8) pemaju yang berkongsi kos untuk membina sistem bekalan air tersebut. Projek Rumah Selangorku Taman Ukay Indah Sungai Sering merupakan penyumbang kos terbesar iaitu lebih RM10 juta bagi menampung pembinaan IWSS Fasa 1B yang keseluruhan kos dianggarkan melebihi RM20 juta. Walaupun kerja-kerja pembinaan Rumah Selangorku masih tertangguh sehingga kini disebabkan terdapatnya tuntutan daripada pemaju asal tapak tersebut di mahkamah, namun kerja-kerja pembinaan IWSS Fasa 1B tetap diteruskan memandangkan ianya memberi kesan kepada penduduk-penduduk di beberapa projek di Ukay Indah yang masih tidak dapat memiliki Sijil Kelayakan Menduduki (CFO) penuh akibat kegagalan pemaju-pemaju menyediakan sistem bekalan air secara tetap hampir 10 tahun. Di samping itu juga, proses pengambilan balik tanah bagi tujuan laluan keluar masuk juga telah pun dimulakan yang mana proses pendengaran bantahan telah pun diadakan oleh Pejabat Tanah dan Daerah Gombak.
-
Bilakah para pembeli boleh menduduki kediaman Rumah Selangorku tersebut?
Sekiranya proses perundangan di antara Menteri Besar Incoporated (MBI) / Kerajaan Negeri dengan pemaju asal tanah tersebut selesai, Kerajaan Negeri mensasarkan untuk menjual unit-unit Rumah Selangorku tersebut kepada orang ramai yang berkelayakan seawal-awalnya pada penghujung tahun 2016. Oleh itu, jangkaan projek ini dapat disiapkan adalah dalam tempoh selewat-lewatnya awal tahun