Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
135) STATUS PROJEK-PROJEK TEBATAN BANJIR
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Preakas A/l Sampunathan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status projek-projek tebatan banjir di kawasan DUN Kota Kemuning?
Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor telah memperuntukkan masing-masing sebanyak RM49.1 juta dan RM140 juta untuk melaksanakan projek mitigasi banjir di DUN Kota Kemuning. Antara projek yang dilaksanakan adalah seperti berikut:-
Peruntukan Akaun Amanah Caruman Parit
Bil. Tajuk Skop Kos (RM)
Tarikh Mula –
Tarikh Siap
Status 1. Menaiktaraf Sistem Saliran Batu 7 dan Batu 8 Jalan Bukit Kemuning Menaiktaraf Sistem Saliran 15,000,000.00 – Peringkat Reka Bentuk Terperinci (Telah Siap) Dalam Penyediaan Dokumen Permohonan Bagi Peningkatan Kos Siling Projek Disebabkan Oleh Kos Pengalihan Utiliti Dan Pengambilan Tanah Yang Tinggi
2. Kerja-Kerja Menaiktaraf Sistem Saliran Taman Sri Muda Daerah Klang, Selangor Darul Ehsan Pembinaan Pam Kekal 6,885,000.00 1.7.2021 –
26.5.2024
Projek Siap Jadual: 100%
Sebenar: 99%
(sehingga
24 Jun 2024)
Menunggu Sambungan Bekalan Elektrik Oleh Pihak TNB
Jumlah 21,885,000.00 Peruntukan Pembangunan Negeri
Bil. Tajuk Skop Kos (RM)
Tarikh Mula –
Tarikh Siap
Status 1. Rancangan Tebatan Banjir Sungai Rasau Fasa 2, Daerah Klang, Selangor Darul Ehsan a) Pembinaan rumah pam dan pintu air b) Pembinaan TNB Substation dan control room
c) Pembinaan kolam takungan
d) Kerja-kerja pendalaman sungai
18,620,367.00 26.5.2023 –
21.11.2025
Dalam Pelaksanaan Jadual: 26%
Sebenar: 15%
(sehingga
24 Jun 2024)
2. Rancangan Tebatan Banjir Sungai Rasau Fasa 1, Daerah Klang, Selangor Darul Ehsan a) Menaiktaraf saliran sedia ada b) Pembinaan drainage pump
c) Pembinaan arch bridge
8,591,039.00 16.8.2017 –
13.2.2019
EOT No. 7: 27.5.2022
Tarikh CPC: 17.5.2022
Siap Jumlah 27,211,406.00 Peruntukan Persekutuan (Tebatan Banjir Berkeutamaan Tinggi – TBBT)
Bil. Tajuk Skop Kos (RM)
Tarikh Mula –
Tarikh Siap
Status 1. Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Klang di Seksyen 25, Shah Alam, Daerah Klang, Selangor a) Kolam takungan banjir b) Menaiktaraf sungai
c) Pembinaan rumah pam
d) Pembinaan ban banjir
e) Penstabilan tebing sungai
f) Lain-lain infrastruktur berkaitan
140,000,000.00 15.1.2024 –
31.1.2029
Dalam Pelaksanaan Jadual: 8.09%
Sebenar: 8.16%
(sehingga
24 Jun 2024)
Peringkat Reka Bentuk
(Kerja ukur dan penyiasatan tanah telah selesai dan kini dalam proses analisis reka bentuk)
-
Apakan status projek Menaiktaraf Sistem Saliran Batu 7 dan Batu 8 Jalan Bukit Kemuning selepas permohonan peningkatan siling projek kerana kos pengalihan utiliti dan pengambilan balik tanah yang tinggi?
Berikut adalah status Projek Menaiktaraf Sistem Saliran Batu 7 dan Batu 8 Jalan Bukit Kemuning:-
Bil. Tajuk Skop Kos (RM)
Tarikh Mula –
Tarikh Siap
Status 1. Menaiktaraf Sistem Saliran Batu 7 dan Batu 8 Jalan Bukit Kemuning Menaiktaraf Sistem Saliran 15,000,000.00 – Peringkat Reka Bentuk Terperinci (Telah Siap) Dalam Penyediaan Dokumen Permohonan Bagi Peningkatan Kos Siling Projek Disebabkan Oleh Kos Pengalihan Utiliti Dan Pengambilan Tanah Yang Tinggi
Setelah mengambilkira pembiayaan pelaksanaan reka bentuk, kerja ukur dan siasatan tanah serta keperluan kos bagi cadangan menaiktaraf sistem saliran di kawasan Batu 7 dan Batu 8, baki peruntukan sedia ada adalah tidak mencukupi. Justeru itu, satu kertas kerja bagi memohon peningkatan kos siling projek sebanyak RM20 juta telah dirangka untuk diangkat ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). Permohonan peningkatan kos siling projek tersebut mengambilkira kos pengalihan utiliti serta pengambilan tanah sebanyak RM20 juta. JPS Negeri Selangor sedang dalam proses mendapatkan ulasan daripada agensi-agensi seperti Perbendaharaan Negeri Selangor (PNS) dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN). Kertas MMKN tersebut akan diangkat untuk pertimbangan kelulusan setelah semua ulasan diperolehi.