Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

187) STATUS PROJEK PPAS TANJONG KARANG

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status pembinaan semula PPAS Tanjong Karang?

    1. Pihak JKR telah mengeluarkan Notis Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor bagi Projek Kerja-kerja Menaiktaraf Bangunan Perpustakaan Cawangan Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan pada 6.12.2022 bagi tujuan penamatan kontrak.
    2. Kemajuan fizikal projek semasa kontrak ditamatkan adalah sebanyak 53%.
    3. Pihak JKR Selangor sedang dalam proses untuk tender semula projek ini jangkaan pada bulan Jun 2023.
  2. Apakah yang menyebabkan kelewatan projek pembinaan PPAS Tanjong Karang sehingga kini?

    Pihak kontraktor telah menyatakan ketidakupayaan dari segi kewangan di dalam beberapa siri mesyuarat projek disebabkan terkesan dengan Perintah kawalan pergerakaan (PKP) sehingga tidak berupaya untuk menyiapkan projek ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.