Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
63) STATUS PROJEK PENAIKTARAFAN KUNCI AIR NO. 51 KE PINTU AIR AUTOMATIK DI JALAN PAPAN PANDAMARAN
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Walaupun perunding dan juruukur telah dilantik pada tahun 2016, kerja penaiktarafan Kunci Air No. 51 masih belum dimulakan sehingga kini. Apakah sebab kelewatan tersebut?
Semasa proses rekabentuk, pihak perunding memerlukan maklumat tambahan penyiasatan tanah di mana proses lantikan mengambil masa selama satu bulan. Ini menyebabkan tambahan masa bagi pihak perunding untuk mengemukakan rekabentuk akhir.
-
Bila kerja penaiktarafan Kunci Air No. 51 akan dimulakan di tapak?
Kerja penaiktarafan Kunci Air No. 51 dijangka akan ditender pada penghujung Ogos 2017.