Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

287) STATUS PROJEK PEMBAIKAN STADIUM MALAWATI

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mu'izzuddeen Bin Mahyuddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini projek pembaikan Stadium Malawati, Shah Alam dan bilakah ia dijangka siap?

    Bermula dari tahun 2018 hingga 2023 pembaikan Stadium Malawati tertumpu kepada pembaikan bagi tujuan kefungsian untuk memastikan stadium dalam keadaan baik dan boleh digunakan dengan selamat.

    Walaubagaimanapun terdapat beberapa kerja pembaikan atau naik taraf berskala besar dilakukan sepanjang tempoh berikut disebabkan keperluan menggantikan peralatan bernilai tinggi seperti chiller, kerosakan akibat banjir pada Disember 2021 dan pembaikan kebocoran bumbung utama yang berusia 25 tahun.

    Pembaikan Stadium Malawati 2022

    Kejadian banjir pada Disember 2021 telah mengakibatkan Level 0 Stadium Malawati ditenggelami air pada paras 1.3 meter. Ianya telah merosakkan semua bilik operasi, bilik artis, lantai ruang arena, peralatan elektrik, sistem lif dan banyak lagi.

    Pembaikan telah dijalankan bermula Februari 2022 dan pembaikan telah siap pada Jun 2022. Pada Julai 2022 Stadium Malawati telah beroperasi semula sehingga kini.

Lampiran

Tiada Lampiran.