Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
253) STATUS PROJEK MENAIKTARAF SISTEM SALIRAN BORROWPIT SUNGAI SEMENYIH DAN PEMBINAAN RUMAH PAM DI KAMPUNG BANGI TAMBAHAN
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status terkini projek menaiktaraf sistem saliran Borrowpit Sungai Semenyih dan Pembinaan Rumah Pam di Kampung Bangi Tambahan?
Untuk makluman Yang Berhormat, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor dalam proses penyediaan iklan tender untuk pelaksanaan projek Menaiktaraf Sistem Saliran dan Borrowpit Sungai Semenyih dan Pembinaan Rumah Pam di Kampung Bangi Lama yang dijangka iklan pada bulan Disember 2024. Projek ini dijangka akan bermula pada sukuan kedua tahun 2025 dan skop kerja termasuk pembinaan benteng, struktur outlet, substation dan pump sump serta pengorekan borrowpit Sungai Semenyih.