Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
30 Oktober 2020 - 12 November 2020
115) STATUS PROJEK MENAIK TARAF SISTEM LONGKANG DI PERSIARAN HAMZAH ALANG OLEH JPS
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Bilakah kerja menaik taraf longkang oleh JPS Klang dari Taman Sri Puteri Meru di Persiaran Hamzah Alang, Meru ke Pekan Meru dapat disiapkan dan apakah halangan yang menyebabkan kerja menaik taraf ini berjalan dengan perlahan?
Kerja-kerja menaiktaraf longkang dari Taman Puteri Meru ke Pekan Meru merupakan salah satu skop projek bagi Kerja-kerja Menaiktaraf Sistem Saliran di Pekan Meru, Daerah Klang dan dijangka siap pada 30 November 2020. Projek ini mengalami kelambatan disebabkan proses pengalihan utiliti dan pemindahan setinggan di jajaran longkang yang baru. Pengalihan utiliti yang terlibat adalah seperti berikut:
i) Pengalihan kabel TNB (Low voltage (LV) dan High Voltage (HV))
ii) Pengalihan tiang Telekom
iiii) Pengalihan kabel DIGI -
Berapakah kos projek menaik taraf longkang di Persiaran Hamzah Alang ini?
Kos projek bagi Kerja-kerja Menaiktaraf Sistem Saliran di Pekan Meru, Daerah Klang ialah sebanyak RM 10.4 juta yang melibatkan pembinaan longkang dan pembentung baru di Persiaran Hamzah Alang, Jalan Kassim dan Jalan Salleh.