Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

203) STATUS PROGRAM PEMBERIAN LESEN MOTORSIKAL PERCUMA

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa peserta layak menyertai Program Pemberian Lesen Motorsikal Percuma Negeri Selangor?

    Berdasarkan jumlah peruntukan yang diberikan, sebanyak 2500 tempat akan diberikan kepada peserta yang boleh memohon. Mereka yang layak akan dimaklumkan mengikut syarat kelayakan yang ditetapkan.

     

  2. Apa manfaat yang boleh dinikmati oleh peserta-peserta yang layak?

    Manfaat kepada peserta yang layak adalah mereka akan mempunyai peluang untuk mempunyai lesen motosikal yang sah untuk membolehkan mereka meneroka peluang ekonomi terutamanya di dalam bidang ekonomi gig.

  3. Apa yang perlu dibuat oleh Kerajaan Negeri untuk memperluaskan lagi kegiatan Ekonomi "Gig" di Negeri Selangor?

    Melalui inisiatif program RIDE ini, ianya akan membuka peluang kepada semua warga Selangor yang mahu menambah baik keadaan ekonomi mereka. Hal ini kerana dengan berjaya nya program ini ianya akan memberikan lesen menunggang motosikal kepada 2500 individu. Kerajaan juga sudah memula langkah untuk bekerjasama dengan Dego Ride dan juga Sel Dec di dalam usaha membuat ekplorasi ekonomi gig kepada warga Selangor. Dego Ride dan Sel Dec merupakan penyedia servis perkhidmatan penghantaran dan ini membolehkan peserta Program RIDE untuk bekerja sama untuk menambah pendapatan mereka.

Lampiran

Tiada Lampiran.