Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
69) STATUS PROGRAM PEMBERDAYAAN RAKYAT SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status terkini program pemberdayaan rakyat Selangor?
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Sungai Burong, Kerajaan Negeri menerusi Iltizam Selangor Penyayang (ISP) telah menyediakan program-program di bawah kluster Iltizam Pemberdayaan Rakyat yang mengutamakan kebajikan rakyat dan pelaksanaan yang berterusan demi membantu meringankan bebanan kos sara hidup yang semakin meningkat.
Iltizam Selangor Penyayang mempunyai enam (6) kluster yang disusun berdasarkan keperluan dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat iaitu :-
- Iltizam Pemberdayaan Rakyat Selangor
- Iltizam Kesihatan Selangor
- Iltizam Pendidikan Selangor
- Iltizam Perumahan Selangor
- Iltizam Keusahawanan Selangor
- Iltizam Mesra Anak Selangor.
Daripada 46 program ISP yang tersenarai di bawah enam (6) kluster ini, terdapat sebelas (11) program di bawah Iltizam Pemberdayaan Rakyat Selangor dengan kedudukan terkini jumlah penerima manfaat sehingga Disember 2023 di jadual seperti berikut:-