Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

92) STATUS PROGRAM MAMMOGRAM

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status Program MammoSEL? Berapa ramai wanita telah menjalankan saringan pada tahun 2020 dan 2021?

    Penjagaan aspek kesihatan merupakan salah satu keutamaan oleh Kerajaan Negeri. Selaku negeri berkebajikan, kesihatan yang terjaga dan terbela mampu melahirkan rakyat yang berdaya saing dan seterusnya merancakkan sektor ekonomi setempat. Dalam hal ini, aspek kesihatan wanita turut tidak terkecuali. Justeru, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan program Skim Kesihatan Wanita Selangor (SKW) bermula pada tahun 2010 yang bertujuan memberi perkhidmatan pemeriksaan mammogram secara percuma kepada seluruh wanita di negeri Selangor. Program ini telah dikendalikan oleh pihak Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) sehingga tahun 2021.

     

    Pada tahun 2022, program Saringan Kanser Payudara ini telah diselaraskan di bawah Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam di mana program ini telah dilaksanakan bersekali dengan siri Jelajah Selangor Saring melalui Program Selangor Kanser (SelCan). Namun, pihak YAWAS masih lagi meneruskan siri saringan kanser payudara bagi permohonan sedia ada yang telah direkodkan dalam data pihak YAWAS bagi tahun 2020 dan 2021.

     

    Berdasarkan statistik yang diterima daripada pihak Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS), seramai 1,165 orang telah menjalani pemeriksaan pada tahun 2020 dan seramai 236 orang pada tahun 2021. Perincian jumlah bagi setiap DUN adalah seperti di Lampiran.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.