Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

337) STATUS PROGRAM JELAJAH EHSAN RAKYAT SELANGOR UNTUK GOLONGAN B40

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Rafiq Bin Mohd Abdullah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah peruntukan yang telah disalurkan untuk sumbangan program Jelajah Ehsan Rakyat Selangor terutama golongan B40?

    Jumlah keseluruhan peruntukan yang telah disalurkan untuk program Jelajah Ehsan Rakyat Selangor (kini dikenali sebagai Jualan Ehsan Rahmah) adalah sebanyak RM40 juta iaitu RM23 juta untuk barangan dan RM 17 juta (logistik, tenaga kerja dan promosi).

  2. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk meneruskan bantuan tersebut?

    Jualan Ehsan Rahmah masih diteruskan sehingga hari ini dengan peruntukan subsidi dan operasi diterima daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Negeri (KPDN) Selangor. Pada masa sama, PKPS telah mendapat kerjasama daripada rakan strategik pemasaran untuk menyebarluas program JER seperti kerjasama dengan pasaraya terkemuka Segi Fresh dan ST Rosyam. Sebagai contoh program JER akan dilaksanakan di hampir 100 outlet Segi Fresh yang terdapat di seluruh negeri Selangor. Langkah ini bertujuan mengurangkan kos logistik dan membolehkan lebih banyak perbelanjaan disalurkan kepada subsidi barangan.

Lampiran

Tiada Lampiran.