Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

230) STATUS PROGRAM INISIATIF PEDULI RAKYAT

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah program yang masih diteruskan, disejajarkan dan dikaji semula selain yang ditamatkan?

    Ramai dikalangan Ahli Dewan Negeri telah membangkitkan mengenai Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) yang merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Negeri untuk memastikan kebajikan rakyat sentiasa terbela serta memenuhi wawasan ‘shared prosperity’.

     

    Sukacita dimaklumkan di sini, program IPR adalah program jangka panjang kerajaan yang bertujuan untuk membantu rakyat dan seterusnya kerajaan akan berusaha untuk memberdayakan rakyat sebagai matlamat akhir kerajaan.

     

    Bagi tahun 2019, agenda pelaksanaan program-program IPR diteruskan secara lebih holistik dan tidak hanya menyajikan pemberian bantuan kebajikan dan simpati semata-mata tetapi memberi daya melalui pemerkasaan (empowerment) kepada para penerima manfaat IPR di Selangor.

     

    Oleh itu, sudah tiba masanya Negeri Selangor, mengorak langkah ke suatu paradigma yang baharu sejajar dengan cita-cita untuk menjamin kebajikan rakyat negeri berteraskan suatu upaya strategik dalam menguruskan sumber negeri yang terbatas.

     

    Selain itu, penjajaran IPR juga akan mengambil kira perkara seperti

    berikut:

     

    1. i) Penekanan konsep daripada pemberian kepada

    pengupayaan (empowerment);

    1. ii) Penekanan kepada program-program kesedaran; dan

    iii) Fokus kepada kumpulan sasar yang tepat.

     

    Kerajaan Negeri melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) telah mengadakan Persidangan Pengendali Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) pada Februari 2019. Hasil daripada persidangan tersebut, 43 Program IPR telah dicadangkan untuk dijajarkan kepada 3 kategori utama yang menjadikan jumlah program IPR terkini adalah sebanyak 33 program iaitu seperti berikut:

     

    1. i) Diteruskan seperti ada (merangkumi 18 Program IPR);
    2. ii) Diteruskan Dengan Penjajaran iaitu secara:
    3. a) Pindaan dari segi perubahan program, syarat kelayakan,

    mekanisme pelaksanaan, kuota penerima dan lain-lain

    pindaan (merangkumi 15 Program IPR); dan

    1. b) Kolaborasi dengan program IPR sedia ada (merangkumi 9

    Program IPR).

    (Keterangan lanjut seperti lampiran I)

     

  2. Berapakah jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan terkini bagi tahun 2019 berbanding tahun 2018?

    Secara keseluruhannya, jumlah dana yang diperuntukkan untuk

    setiap program IPR pada tahun 2018 dan 2019 di bawah Kerajaan Negeri adalah seperti berikut:

     

    Tahun 2018 – RM544,956,193.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus

    Empat Puluh Empat Juta Sembilan Ratus Lima Puluh

    Enam Ribu Satu Ratus Sembilan Puluh Tiga); dan

     

    Tahun 2019 – RM485,435,000.00 (Ringgit Malaysia Empat Ratus

    Lapan Puluh Lima Juta Empat Ratus Tiga Puluh Lima

    Ribu).

     

    Peruntukan ini adalah termasuk dengan peruntukan tambahan bagi tahun 2019 iaitu sebanyak RM123,815,000.00 (Ringgit Malaysia Seratus Dua Puluh Tiga Juta Lapan Ratus Lima Belas Ribu).

     

    Oleh yang demikian, jumlah keseluruhan peruntukan bagi program IPR tahun 2018 dan 2019 adalah sebanyak RM1,030,391,193.00 (Ringgit Malaysia 1 Bilion Tiga Puluh Juta Tiga Ratus Sembilan Puluh Satu Ribu Satu Ratus Sembilan Puluh Tiga).

    Jumlah penggunaan wang yang telah dibelanjakan dalam program-program IPR dari tahun 2017 – 2019 adalah seperti berikut:

     

    Tahun 2017 – RM262,942,580.63 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Enam

    Puluh Dua Juta Sembilan Ratus Empat Puluh Dua

    Ribu Lima Ratus Lapan Puluh dan Enam Puluh Tiga

    Sen);

     

    Tahun 2018 – RM354,361,365.59 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus Lima

    Puluh Empat Juta Tiga Ratus Enam Puluh Satu Ribu

    Tiga Ratus Enam Puluh Lima dan Lima Puluh

    Sembilan Sen); dan

     

    Tahun 2019 – RM161,793,609.33 (Ringgit Malaysia Satu Ratus

    Enam Puluh Satu Juta Tujuh Ratus Sembilan Puluh

    Tiga Ribu Enam Ratus Sembilan dan Tiga Puluh Tiga

    Sen). (Perbelanjaan ini adalah setakat 30 Jun 2019).

     

    Oleh yang demikian, jumlah keseluruhan perbelanjaan peruntukan bagi program IPR dari tahun 2017 hingga 2019 adalah sebanyak RM779,097,555.55 (Ringgit Malaysia Tujuh Ratus Tujuh Puluh Sembilan Juta Sembilan Puluh Tujuh Ribu Lima Ratus Lima Puluh Lima dan Lima Puluh Llima Sen).

     

     

    (Keterangan lanjut seperti lampiran II).

Lampiran

Tiada Lampiran.