Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

144) STATUS PERUNTUKAN PEMBAIKAN PASCA BANJIR BESAR 2021

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status pecahan peruntukan yang diturunkan oleh Kerajaan Negeri untuk membaik pulih kesan banjir besar 2021 khususnya di kawasan Dengkil?

    Tiada Peruntukan Khas wang diturunkan kepada PDT Sepang bagi kerja-kerja membaik pulih tersebut. Walau bagaimanapun, Pejabat Daerah dan Tanah Sepang telah menggunakan peruntukan jalan raya MARRIS dan peruntukan Projek Mesa Rakyat (PMR) yang diterima pada tahun semasa, bagi memastikan kerja-kerja membaikpulih dapat dilaksanakan.

  2. Adakah Kg Cemperai, Ampar Tenang dan Sri Tanjong mendapat bahagian dalam program baik pulih ini? Jika ya, mohon disenaraikan.

    Terdapat empat (4) projek dilaksanakan berhampiran dengan Kampung Cemperai, Ampar Tenang dan Sri Tanjong, iaitu ;

    1. Kerja-kerja menurap jalan utama Kampung di Selangor Dredging dan kerja lain yang berkaitan di Kampung Dengkil, Mukim Dengkil Daerah Sepang, Selangor – (MARRIS).
    2. Kerja-kerja menggali dan membersih parit tanah di Jalan Tengah, Kampung Semarang Mukim Dengkil, Daerah Sepang, Selangor – (PMR).
    3. Kerja-kerja baik puli pendawaian elektrik balai raya di Selangor, mukim Dengkil, Daerah Sepang, Selangor – (PMR).
    4. Kerja-kerja menggali, membersih longkang konkrit dan kerja lain yang berkaitan di jalan Kampung Cemperai, Mukim Dengkil, Daerah Sepang, Selangor – (PMR).

Lampiran

Tiada Lampiran.