Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
191) STATUS PERTUKARAN TANAH HAK MILIK TANAH PERKUBURAN RAUDHATUL A’LIYAH SAUJANA UTAMA (RASU)
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status terkini pertukaran tanah hak milik Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Selangor (Lot 5933) dengan Tanah Perkuburan Raudhatul A'liyah Saujana Utama (Lot 29145)?
Soalan (a) dan (b) dijawab bersekali.
Berdasarkan semakan dengna pihak JAIS, isu runtuhan tanah melibatkan jalan keluar masuk ke tapak perkuburan Raudhatul Aliyah di Taman Saujana Utama (Lot 29145). Jalan keluar masuk tersebut berada di atas tanah hakmilik Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Selangor (PPKKS) (Lot 5933). Pihak PPKKS bersetuju untuk menyerahkan sebahagian tanah untuk serahan jalan di bawah seksyen 200 KTN 1965 namun mensyaratkan pihak JAIS untuk mengganti tanah serahan tersebut dengan lot perkuburan lain. Lot perkuburan tersebut merupakan tanah serahan pemaju untuk tujuan perkuburan (Lot 29150) yang masih berstatus tanah kerajaan terletak di persimpangan di antara Persiaran Mokhtar Dahari dan Persiaran E1/1 berhampiran tanah PPKKS (Lot 5932).
Pihak Pejabat Daerah Tanah Kuala Selangor (PDTKS) berpandangan pihak JAIS perlu menyemak kesesuaian cadangan penggantian tanah tersebut. Sekiranya tidak bersesuaian, kaedah pengambilan tanah di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 boleh dilaksanakan.
-
Di manakah lokasi tanah yang akan ditukar milik dengan PPKKS?