Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

130) STATUS PEROLEHAN TANAH BAGI PEMBINAAN SEKOLAH

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Mu'izzuddeen Bin Mahyuddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status perolehan tanah bagi pembinaan SK Hulu Bernam dan SMK Bernam Jaya di Taman Bernam Jaya?

    Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor mengambil maklum akan keprihatinan Ahli Yang Berhormat berkaitan status perolehan tanah bagi pembinaan SK Hulu Bernam dan SMK Bernam Jaya.

    Untuk makluman, SK Hulu Bernam telah ditubuhkan pada 25 Januari 1954 dan beroperasi di atas tapak Lot 4230, Mukim Hulu Bernam, Daerah Hulu Selangor yang berstatus Tanah Simpanan Persekutuan. Tanah tersebut telah diperuntukkan bagi tapak SK Hulu Bernam melalui No. Warta Kerajaan/ Fasal 166: 360 of 11.6.59, dan sekolah tersebut masih beroperasi sehingga kini.

    Sehubungan dengan itu, sukacita JPN Selangor memaklumkan kepada Ahli Yang Berhormat bahawa, perolehan tanah bagi cadangan pembinaan Kompleks Sekolah Bersepadu SK Bernam Jaya dan SMK Bernam Jaya di atas Lot 27547 dengan keluasan keseluruhan berjumlah 15 ekar telah pun diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) Rolling Plan 5 (RP5) Tahun 2025. Cadangan bagi pembinaan kompleks sekolah ini akan diangkat dalam permohonan bajet RMKe-13, iaitu apabila perolehan tanah dan pemberimilikan tanah PTP selesai dibuat.

Lampiran

Tiada Lampiran.