Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
30 Oktober 2020 - 12 November 2020
64) STATUS PERMOHONAN STRATA
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila nyatakan status pendaftaran hakmilik sambungan bagi kelulusan penyatuan tanah PN 8623 Lot 49360 Mukim Petaling dengan PM 130 Lot 37563 Mukim Damansara.
Dimaklumkan urusan pendaftaran hakmilik sambungan bagi kelulusan penyatuan tanah PN 8623 Lot 49360 Mukim Petaling dengan PM 130 Lot 37563 Mukim Damansara telah dihantar ke Pejabat Pendaftar Hakmilik Negeri Selangor pada 27hb Ogos 2020 untuk tindakan selanjutnya.
-
Sila nyatakan status permohonan strata untuk dua-dua bidang tanah tersebut.
Permohonan pengeluaran Hakmilik Strata kepada setiap pembeli akan dilaksanakan oleh pemilik tanah iaitu Tetuan Sunway Development Sdn. Bhd. setelah hakmilik sambungan baru dikeluarkan serta dimuktamadkan.